Saturday, October 15, 2011

PROGRAM BELIA MAHIR 1MALAYSIA

1. OBJEKTIF PELAKSANAAN
 
Memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat terutamanya golongan belia untuk mengikuti kursus kemahiran secara modular di premis kelolaan Kementerian Belia dan Sukan yang berhampiran dengan tempat tinggal kumpulan sasar.
2. KUMPULAN SASAR
 
  • Belia
  • Komuniti setempat
  • Ibu tunggal
  • Pekerja industri
  • Pesara dan lain-lain
 
3. SYARAT PERMOHONAN
 
  • Warganegara Malaysia
  • Umur 15 tahun ke atas
  • Sanggup menjalani kursus mengikut jumlah jam yang ditetapkan
 
4. PERSIJILAN
 
Sijil Penyertaan KBS (sijil boleh dijadikan bukti bagi memohon Sijil Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT)
 
5. YURAN
 
PERCUMA
 
6. TARIKH PENGAMBILAN
 
APRIL 2011
 
7. LOKASI PELAKSANAAN KURSUS
 
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • Kompleks Belia dan Sukan Negeri
  • Kompleks Rakan Muda
  • Industri/majikan

GENERASI BEBAS JENAYAH


BERSAMA KITA BEBASKAN DIRI DARI JENAYAH !!!

UCAPAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM 'ROAD TO LONDON 2012'

TEKS UCAPAN Y.B. DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ROAD TO LONDON 2012 PADA 16 FEBRUARI 2009, 3.00 PM, BERTEMPAT DI DEWAN KOMANWEL MSN
1. PERTAMA SEKALI, SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KERANA DIBERI PENGHORMATAN UNTUK MELANCARKAN PROGRAM ROAD TO LONDON 2012 PADA PETANG INI. MEMANG SUDAH TIBA MASANYA KITA MERANCANG DAN MELAKSANAKAN SATU PROGRAM KHUSUS DALAM PENYEDIAAN ATLET BAGI MENGHADAPI SUKAN OLIMPIK LONDON 2012.
2. INI UNTUK MEMASTIKAN MEREKA AGAR BERADA PADA TAHAP TERBAIK UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN DI TEMASYA TERBESAR DUNIA ITU. TEMPOH TIGA TAHUN LEBIH INI SEBENARNYA JUGA SINGKAT DAN KITA PERLU MEMBUAT PERSEDIAAN AWAL UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN DI SUKAN OLIMPIK INI NANTI.
3. NEGARA KITA TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM SUKAN OLIMPIK SEJAK DARI TAHUN 1956, TETAPI SETAKAT INI, ATLET KITA MASIH BELUM LAGI BERJAYA MEMENANGI PINGAT EMAS DI TEMASYA PALING BERPRESTIJ ITU. PENCAPAIAN KITA IALAH MEMENANGI PINGAT GANGSA DI SUKAN OLIMPIK BARCELONA 1992, SATU PERAK DAN SATU GANGSA DI ATLANTA 1996 DAN SATU PINGAT PERAK LAGI DI BEIJING 2008. KESEMUANYA MELALUI SUKAN BADMINTON, DENGAN YANG PALING TERAKHIR MENERUSI DATUK LEE CHONG WEI.
4. SEJAK SUKAN OLIMPIK 1992, ATLET-ATLET NEGARA KITA DARI 12 JENIS SUKAN IAITU SUKAN BADMINTON, OLAHRAGA, BERBASIKAL, RENANG, TERJUN, ANGKATBERAT, GIMNASTIK, HOKI, MEMANAH, MENEMBAK, PELAYARAN DAN TAEKWONDO, TELAH LAYAK BERTANDING SECARA MERIT KATEGORI A ATAU KATEGORI B MAHUPUN MELALUI TIKET ’WILD CARD’ KE SUKAN OLIMPIK. SELAIN ITU, KITA JUGA PERLU MAKLUM BAHAWA PASUKAN BOLASEPAK NEGARA PERNAH LAYAK BERTANDING DI SUKAN OLIMPIK MUNICH 1972 DAN DI SUKAN OLIMPIK MOSCOW 1980. SETAKAT INI ACARA-ACARA LAIN MASIH BELUM BERJAYA LAGI UNTUK MELETAKKAN ATLET UNTUK BERSAING DI SUKAN OLIMPIK.
5. BAGI MEMASTIKAN KITA BERJAYA DI SUKAN OLIMPIK LONDON NANTI, SATU JAWATANKUASA PEMANDU TELAH DITUBUHKAN BAGI MEMASTIKAN SETIAP PERANCANGAN UNTUK PENYEDIAAN ATLET BERPOTENSI, SENTIASA BERJALAN LANCAR.
6. PROGRAM ROAD TO LONDON 2012 INI JUGA SUDAH MENDAPAT PERSETUJUAN DAN KELULUSAN DARIPADA JAWATANKUASA KABINET MENGENAI PEMBANGUNAN SUKAN YANG DIPENGERUSIKAN OLEH YANG AMAT BERHORMAT TIMBALAN PERDANA MENTERI. SEHUBUNGAN ITU, SETAKAT INI KITA TELAH MENGENALPASTI 15 ATLET BERDASARKAN KEPADA PRESTASI SEMASA, BERPOTENSI BESAR UNTUK MELENGKAPKAN IMPIAN KITA MEMENANGI PINGAT DI SUKAN OLIMPIK LONDON 2012.
7. KESEMUA ATLET INI ADALAH DARI TIGA JENIS SUKAN IAITU BADMINTON, LUMBA BASIKAL DAN MEMANAH. BAGAIMANAPUN SENARAI 15 ATLET INI BOLEH BERUBAH JIKA PRESTASI YANG DIHARAPKAN TIDAK BERKEKALAN MENJELANG PERTARUNGAN SEBENAR DI LONDON NANTI. MUNGKIN DALAM TEMPOH ITU, KITA AKAN GUGUR DAN TAMBAHKAN BEBERAPA NAMA BARU TETAPI PALING PENTING, ATLET PERLU MELEPASI KELAYAKAN OLIMPIK.
8. UNTUK PENDEDAHAN, KITA JUGA AKAN MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM TINDIK (ATTACHMENT) DI LUAR NEGARA, TERMASUK DALAM PERANCANGAN IALAH LATIHAN DI UNIVERSITI BATH DAN LOUGHBOROUGH BAGI MEMASTIKAN ATLET DAPAT MENYESUAIKAN DIRI DENGAN KEADAAN DI LONDON.
9. BAGAIMANAPUN, TUMPUAN KEPADA BADMINTON, LUMBA BASIKAL DAN MEMANAH INI TIDAK BERMAKNA SUKAN LAIN TIDAK DIBERI PERHATIAN MEMANDANGKAN PROGRAM SUKAN LAIN MASIH BERTERUSAN DENGAN BURUAN PINGAT DI SUKAN ASIA DAN SUKAN KOMANWEL TAHUN DEPAN.
10. ATLET-ATLET DARI SUKAN LAIN INI MASIH DIBERIKAN PERHATIAN, PROGRAM LATIHAN MEREKA TETAP BERJALAN SEPERTI BIASA. NAMUN PELUANG UNTUK KITA MEMENANGI PINGAT DI SUKAN OLIMPIK KHUSUSNYA PINGAT EMAS SENTIASA ADA TETAPI KITA PERLU BERSIKAP REALISTIK. KITA TIDAK BOLEH LAGI MELETAKKAN HARAPAN KEPADA SEMUA JENIS SUKAN TETAPI PERLU BERDASARKAN KEPADA KEMAMPUAN REALISTIK.
11. SEHUBUNGAN ITU, HARAPAN KITA DI LONDON NANTI LEBIH BANYAK MENJURUS KEPADA KECEMERLANGAN SUKAN BADMINTON, LUMBA BASIKAL DAN MEMANAH. PRESTASI ATLET-ATLET YANG TERSENARAI INI SEPATUTNYA AKAN MENINGKAT MENGIKUT FASA LATIHAN YANG DISUSUN DAN TUMPUAN YANG DIBERIKAN INI, SEHARUSNYA MEMBAWA PULANGAN YANG POSITIF DI LONDON NANTI.
12. AKHIR SEKALI, KERAJAAN SEDAR KITA TELAH MEMBELANJAKAN PERUNTUKKAN YANG BESAR UNTUK PENYEDIAAN ATLET BERPRESTASI TINGGI DAN SUDAH SEMESTINYA, RAKYAT MAHUKAN KEPUTUSAN TERBAIK DI SUKAN OLIMPIK LONDON 2012 NANTI.
13. RAKYAT MALAYSIA PASTINYA MAHUKAN KITA BERJAYA MEMBAWA PULANG PINGAT EMAS PERTAMA NEGARA DI SUKAN OLIMPIK. SEHUBUNGAN ITU, SAYA BERHARAP SEMUA ATLET KHUSUSNYA DAN PEGAWAI SERTA JURULATIH YANG TERBABIT AMNYA, MENINGKATKAN USAHA AGAR KITA DAPAT MEMENUHI SEGALA HARAPAN DAN IMPIAN RAKYAT MALAYSIA ITU.
14. SAYA YAKIN, BERKAT KESUNGGUHAN KITA, ATLET-ATLET NEGARA TIDAK AKAN MENGHAMPAKAN APABILA BERMULANYA CABARAN DI LONDON 2012 NANTI. DENGAN HARAPAN ITU, SAYA DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM, MELANCARKAN PROGRAM ROAD TO LONDON 2012.
SEKIAN, TERIMA KASIH

YAKIN BOLEH GEMILANG !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kad KELAB RAKAN MUDA

LAMAN WEB RAKAN MUDA

Anda boleh register yer kalau nak jadi ahli Rakan Muda
Support Support!!!

http://www.2-u.com.my/

CARTA ORGANISASI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN